About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, February 16, 2016

pengalaman sepanjang kehamilan

luahan rasa emy'n at 10:54 PM
16 februari 2016

assalamualaikum.. lama sangat tak update blog. last update bulan 9 tahun lepas. hari ni macam rajin nak coret-coret sikit untuk kenangan nanti :) ALHAMDULILLAH. minggu ni dah genap 39 minggu anak ummi duduk dalam rahim ni. masih belum nak keluar dan tak bagi tanda-tanda lagi selain bagi brixton hicks. puas dah ummi abi pujuk awak sayang. tapi tak apalah, duduk puas-puas dalam ni sebab nanti ummi mesti rindu :D kalau ikut due 24 Februari ni. tapi banyak je yang lahir awal 2 minggu dari due atau lewat 2 minggu. tapi harapnya tak lewat sangat la ye. kalau boleh tak nak kena induce atau operate tapi rezeki masing-masing semua tu.. kita mampu berdoa je. target nak bersalin 16 feb 16 pun kena lupakanlah sebab baby belum nak keluar. kononnya tarikh cantik sebab masa tunang dulu 14 sept 14, nikah 15 mac 15. :D

balik pada topik, dapat tahu hamil masa ramadhan tahun lepas. lebih kurang 9 minggu lepas nikah :) makanya tak sempat la nak berjalan sangat dan travel macam yang dah dirancang. kononnya nak pergi jalan jauh masa cuti september dan akhir tahun. tapi bila dapat tahu pregnant masa bulan 6, terpaksalah batalkan semua plan. cuti-cuti panjang pun duduk rumah pergi jalan dekat-dekat je. semuanya sebab nak jaga kandungan. lagi-lagi masa awal trimester dan third trimester. dah akhir-akhir ni cepat sangat rasa penat dan nak banyak rehat. tapi tak dapat la sebab masih kerja. nak apply cuti awal pun macam tak best sebab kita kerja dekat je dengan rumah. duduk pun dengan parent. yang sendunya suami jauh. dua minggu sekali baru jumpa :( terpaksalah macam tu demi kerja. tapi apa-apa pun bulan 4 ni nak isi egtukar. nekad dah sebab sayu je la rasa hati ni bila jauh..

untuk cek up plak, 6 minggu dah buka buku pink. lepas tu 4 minggu sekali cek up. dah jadi rutin. awal-awal semua ok je. tapi bila dah masuk 33 minggu camtu hb mula turun. sampai la cek up hari ni hb cuma 9 je. tak tau la nak buat macam mana. sebab ambil 2 biji dah ubat iron sehari. banyak risiko bila hb rendah ni. tapi mampu berdoa je la. mohon dimudahkan bersalin dan tak ada komplikasi lepas bersalin. moga-moga anak lelaki ummi ni pun selamat dan sihat lepas lahir :) alhamdulillah masa scan 28 minggu nampak dah gender dia. tapi sekali tu je la.. insyaAllah kalau scan lelaki keluar lelaki, kata orang. sebab ramai kata perut bulat macam ni baby girl. tapi bila makin besar ada la yang kata baby boy. hehe.. mungkin la boy sebab dari awal dapat rasa macam baby boy dalam ni. alahan pun tak teruk sangat. cuma masa awal-awal mengandung kurang selera makan. 9 minggu mula muntah-muntah tapi beberapa kali je. 10 minggu dah makin ok. dah 12 minggu terus selera makan membuak-buak.

sepanjang mengandung ni pun, tak ada la mengidam bukan-bukan. yela, sebab suami jauh kan. time cuti je la dapat minta makan itu ini. sebab dia bawakkan :) hee.. paling jauh teringin makan nasi ayam penyet wong solo. kat kl sana. lepas tu teringin buah delima, sate, chicken chop, coconut shake. pendek kata, yang senang nak dapat la. cuti raya cina hari tu memang dapat la makan lagi. burger bakar, sotong tepung, pizza hut.. sebelum tu bubur jagung. buat sendiri, makan sendiri. kiranya sekarang ni dah lega dah tak ada terasa nak makan apa-apa. tapi sepanjang mengandung memang suka makan yang manis-manis. mujur tak ada kencing manis sebab dah 2 kali minum air gula. result ok la normal. risau kalau ada diabetes time pregnant ni. yang pertama sebab risiko baby besar, baby boleh lahir pra matang. lepas tu risiko jugak kat ibu. sebab tu la kalau ibu mengandung yang kena diabetes tak boleh lahirkan anak lewat. terpaksa induce untuk lahirkan awal. biasa dalam 38 minggu dah kena ready.

bersyukur sangat sepanjang pregnant ni banyak ilmu yang dapat. even mak dah tak ada tapi still ada akak ipar dan kawan-kawan yang berpengalaman. apa-apa tanya kat diorang. cuma sedih la jugak tak dapat kongsi dengan mak. banyak juga info-info dari internet. cuma kena rajin la. banyak sangat ilmu nak kena selam bila nak jadi seorang ibu ni. lagi-lagi mengenai penjagaan baby, breastfeeding dan banyak lagi la. moga-moga dapat susukan anak sendiri, lagi-lagi bila mengenangkan masa kecil dulu memang menyusu badan sampai 2 tahun lebih. tak terbalas jasa pada mak. memang tak sempat nak balas apa-apa pun :'( tapi aku harap dapat jadi ibu yang terbaik buat anak-anakku nanti. semoga Allah permudahkan.

satu perkara lagi yang aku dapat belajar, REZEKI. rezeki anak. tak sangka tahun 2015 hari tu merupakan tahun paling dimurahkan rezeki. dapat menikah dengan orang tersayang bulan 3. lepas tu hamil. masa bulan 6, ada isi borang permohonan rumah. mohon perumahan dekat temerloh. bulan 11 murah rezeki lagi sebab dapat tukar 'kuda' baru. yang lebih selesa untuk masa depan. bulan 11 jugak dapat berita yang permohonan untuk rumah diluluskan. Alhamdulillah. urusan semua dah selesai, 2017 insyaAllah siap rumah pertama kami :D untuk tahun ni, niat nak duduk dengan suami pun dipermudah bila dah dapat dah rumah sewa dekat area pasir gudang tu. bulan 3 boleh masuk dah. dalam perancangan lepas pantang nanti dapatlah duduk sekali. insyaAllah.. Allah mudahkan jalan untuk kami. bulan 4 isi egtukar. lepas cuti bulan 6 dapat result. moga dapat pindah sana.


mohon doakan ye :D

0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review